Saturday, April 30, 2011

Jika Allah SWT telah menjamin setiap manusia tentang rezekinya, mengapa pula manusia bersusah-payah untuk mencarinya? Jika rezeki seseorang itu telah ditentukan sekian-sekiannya, mengapa pula ia sampai bertungkus-lumus hendak menambahnya? Jika mungkir janji itu mustahil atas Allah SWT, mengapa pula anda sampai menjadi bakhil? Jika syurga itu benar wujudnya, mengapa pula anda sampai berlengah-lengah dalam hidup? Jika neraka itu memang benar wujudnya, mengapa pula anda suka melakukan maksiat di dalam dunia? Jika dunia ini akhirnya akan binasa, mengapa pula anda merasa tenang sentiasa? Jika hisab itu benar berlaku, mengapa pula anda suka mengumpul harta benda? Jika segala sesuatu berlaku qadha dan qadar, mengapa pula anda mesti bersedih hati?”
(Imam Ahmad)

- Sesungguhnya cinta dunia itu telah membawa kita jauh dari hakikat sebenar kejadian kita dimuka bumi Allah SWT. Pandangan mata kita selalu menipu,melihat keindahan dunia yang sementara ini..Pandangan akal kita selalu membuat tanggapan yang salah tentang Tuhan dan hakikat penciptaan.Pandangan nafsu selalu membuat kita terburu2 mengejar sesuatu yang tidak memberi kepuasan berkekalan. Tetapi jika hati kita dijaga dengan baik..Insya'Allah, pandangan hati itu yang hakiki.Bersesuaian dengan kehendak Allah SWT.

~~Selamat Beramal~~

Thursday, March 24, 2011


Detik demi detik berlalu menjadikan setiap jam yang aku lalui sangat bermakna. Kini segalanya adalah permulaan untuk melaksanakan impian menjadi realiti.
Walau di banjiri air mata,
perjuangan harus di teruskan,
keperitan bukan halangan untuk terus melangkah...
Jika tersungkur bukan bermakna putus asa,
semangat terus kuat untuk bangun & terus melangkah...
&..terus melangkah...
Demi mengejar sebuah impian...
Ambilah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan,
 Ambilah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
 Ambilah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan,
 Ambilah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambilah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
 Ambilah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan,
Ambilah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga...
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata,
 kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.
tidak penting di mana kita bermula, tetapi di mana yang akan kita akhiri.
Teruskan melangkah..bersama Allah dihatiku yang sentiasa memberi aku petunjuk dan jalanNya.
Setiap saat begitu berharga untuk dipersia begitu saja.
Lambat atau cepat, destinasi yang dituju, pasti tiba jua.
Aku mesti kuat.
Tabah mengharunginya.
Iman dan taqwa menjadi penyelamat
Al Quran dan As Sunnah menjadi panduan
Aku yakin dengan janji-janji Allah!!!