Detik demi detik berlalu menjadikan setiap jam yang aku lalui sangat bermakna. Kini segalanya adalah permulaan untuk melaksanakan impian menjadi realiti.
Walau di banjiri air mata,
perjuangan harus di teruskan,
keperitan bukan halangan untuk terus melangkah...
Jika tersungkur bukan bermakna putus asa,
semangat terus kuat untuk bangun & terus melangkah...
&..terus melangkah...
Demi mengejar sebuah impian...
Ambilah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan,
Ambilah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
Ambilah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan,
Ambilah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambilah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
Ambilah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan,
Ambilah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga...
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata,
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.
tidak penting di mana kita bermula, tetapi di mana yang akan kita akhiri.
Teruskan melangkah..bersama Allah dihatiku yang sentiasa memberi aku petunjuk dan jalanNya.
Setiap saat begitu berharga untuk dipersia begitu saja.
Lambat atau cepat, destinasi yang dituju, pasti tiba jua.
Aku mesti kuat.
Tabah mengharunginya.
Iman dan taqwa menjadi penyelamat
Al Quran dan As Sunnah menjadi panduan
Aku yakin dengan janji-janji Allah!!!