Cemburu...
Bagaimana harusku tangani cemburu ku ini?
Hatiku terluka..namun hatinya milik Allah.
Sesungguhnya,Allah jua yang menghadirkan perasaan cinta dalam hatinya untuk ku.
Siapalah aku untuk memiliki hatinya, sedangkan dia adalah anugerah Allah yang hadir dalam hidup ku.
Meskipun rapuh dalam langkah menuju akhirat, aku berharap peristiwa ini menjadikan aku lebih kuat. Tarbiyah Dzatiyah bermula dalam hidup ku mulai detik ini!
Ya Allah, aku percaya dengan janji-janji Mu.
Berikan aku kekuatan untuk merawat kekecewaan terhadap diri ku sendiri kerana Aku masih belum dapat mencintai Mu dengan sepenuh hati ku.
Hadirkanlah cinta dalam hatiku untuk Mu Ya Rabb.
SesungguhNya Aku ingin bersama Mu...
kerana apabila aku bersama Mu, tiada yang lain yang aku perlukan.
Hari ini aku belajar bahawa aku tidak akan kecewa jika segala pengharapan disandarkan kepada Mu Ya Wakiil.
No comments:
Post a Comment